Wednesday 30 August 2017

Puasa hari Arafah..

Salam Zulhijjah :)

Tetiba hari ni rajin lawat blog. Hari tu macam rajin ja mau publish new entry hari-hari. Hari tu ja la haha. Hakikatnya habis raya aidilfitiri lepas tu esok esok raya aidiladha sudah. dan esok 9 Zulhijjah, bagi yang ingat tu luangkanlah masa sehari puasa hari arafah k? :D

Tidak tahu mau share apa sebenarnya. tapi cuma mau ingatkan orang lain dan diri sendiri untuk puasa esok. Banyak kelebihan puasa ni sebenarnya, secara langsung dan tidak langsung. Walaupun yang kita nampak cuma tahan diri dari lapar dan dahaga tapii sebenarnya banyak kebaikan untuk kita di dunia dan akhirat.


Puasa hari Arafah ialah puasa yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Bukan hanya berpuasa, kita juga boleh melakukan ibadah sunat lain seperti berzikir dan sebagainya.

Sabda Rasulullah, "Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapusan dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya." (Hadis riwayat Muslim)



Niat Puasa Hari Arafah:


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى


        (Nawaitu sauma ghadin min yaumil 'arfata sunnatan lillahi ta'ala)

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah ta'ala


Semoga diberi kesempatan buat kita untuk berpuasa esok hari kerana Allah. Aminn. 

Dan semoga suatu hari nanti kita dapat menunaikan ibadah umrah dan haji. Doakan saya dan keluarga k ;) 

Sumber entry hari ni dari SINI... Terima kasih atas perkongsian ilmu :)

Jumpa di lain entry.... Assalamualaikum.


syukran..semoga dapat ilmu yang berfaedah =)