Sunday 18 November 2012

Cara Meninggikan Badan :D

Hari ini saya akan share cara meninggikan badan dengan cepatnya..tips ini saya  dapat daripada blog `seseorang` yang bernama *tutttt*..hehe.nda kenal :D tips ini boleh digunakan sesiapa sahaja samaada lelaki, perempuan, dan lelaki+perempuan..hehe. (gurau) :D



7 cara/tips meninggikan badan :

  1. Tidur dan rehat yang cukup. (7-8 jam)
  2. Makan setiap hari secara teratur.
  3. Beriadah/bersukan secukupnya.
  4. Hindari fikiran stress/tekanan.
  5. Minum susu berkalsium.
  6. Mencukupi gizi dan vitamin harian.
  7. Terus berusaha dan berdoa.

Selamat mencuba! Wassalamualaikum w.b.t.. :) semoga berjumpa lagi.. (Cik umay)

syukran..semoga dapat ilmu yang berfaedah =)

ustaz Azhar Idrus =)




himpunan kata-kata hikmah ustaz Azhar Idrus ^^ :

-"Rasulullah SAW melarang kita memakai cincin di jari hantu kerana menyerupai kaum nabi Lut yang ditenggelamkan oleh Allah SWT"


-"Biar ramai orang datang ke tempat maksiat asalkan kita tiada di sana. Biar sikit orang datang ke majlis ilmu asalkan kita berada di situ"


-"Lelaki kalau dia belum cukup menunaikan solat lima waktu bermakna dia belum layak digelar suami"


-"Berhati-hati memilih hati seseorang. Jangan sampai mencintai orang yang hanya akan menyakiti hati kita"


-"Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur"


-"Perempuan yang cantik akan membuka 'mata lelaki' tetapi perempuan yang baik akan membuka 'hati lelaki'.."


-"Cuba tutup sebelah telinga. Apa yang anda dengar? Bunyi macam menggelegakkan? itu maknanya anda baru ja dengar 1% api neraka"


-"Allah hadiahkan kita pelangi selepas Allah turunkan hujan. Allah juga pasti hadiahkan kita kegembiraan selepas Allah berikan dugaan"


-"Orang yang tak mahu ikut perintah agama, cuba dulu dengan api dunia sebelum kena api neraka yang sebenarnya"


-"Sesiapa yang telah insaf dia kekasih Allah"


-"Harus bagi seorang lelaki pakai rantai kalau dia merasakan dirinya seekor lembu"


-"Jika seorang bayi tahu dosa yang terjadi dikalangan manusia, pasti dia tidak ingin membesar"


-"Iblis tidak mahu sujud pada nabi Adam bukan pada Allah. Orang yang tidak mahu sujud pada Allah lebih jahat daripada iblis"


-"Perbanyakkan istighfar sebab belum tentu amalan baik kita diterima tetapi sudah tentu dosa-dosa kita diterima"


-"Kita tengok orang pakai jubah, pakai serban dan kita rasa suka. Kita pun akan dapat pahala sebab suka pada pakaian sunnah Rasulullah SAW"


-"Orang yang tidak sembahyang ini lebih jahat dari syaitan"


-"Yang sudah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple yang lepas"


-"Perempuan yang suka melayan ramai lelaki tidak sesuai dijadikan isteri"


-"Berdoalah dari sekarang bertemu jodoh dengan orang yang kita minati"


-"Jangan takut kehilangan cinta kerana agama, tetapi takutlah kehilanagn agama kerana cinta"


-"Jika cinta itu seindah ucapan nescaya dunia akan menjadi syurga"


-"Jangan sebab kita tinggi, kita boleh pandang rendah dengan orang lain. Boleh jadi esok lusa dia berkali ganda lebih baik dari kita"


-"Sejahat-jahat dan seburuk-buruk manusia, selagi dia beriman, Allah tetap akan terima amalannya walaupun sedikit"


-"Bila pakia tudung, tutup aurat, jaga tutur kata dan pergaulan, itulah 'make-up' perempuan yang kekal lama"


-"Bila hati kita kotor, kita suka cerita buruk tentang orang"


-"Perempuan yang tidak tutup aurat, sebenarnya dia tidak yakin dengan kecantikan yang Allah bagi. Padahal Allah cipta dia dengan cukup sifat sempurna"


-"Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kahwin & paling murah belanja"


-"Cemburu sebenarnya sifat bagi lelaki dan bukannya perempuan"


-"Dekat sekolah awak bertudung, Dekat luar awak tidak pakai tudung. Nampak sangat awak takut dengan peraturan sekolah bukan perintah ALLAH"


-"Usap kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang. jika tersentuh 1000 helai rambut mereka, 1000 dosa kecil kita terhapus"


-"Jadilah suami yang penyayang. suami yang baik ialah suami yang menerima kekurangan isteri"


-"Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita akan menjadi ikhlas kerana-Nya"


-"Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan yang tidak solehah. Perempuan solehah tidak digalakkan kahwin dengan lelaki yang tidak soleh"


-"Orang yang tidak couple sebenarnya bukan tidak laku. tapi sebab cinta dia limited edition untuk yang halal ja"


-"Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah haram kerana bukan dari sunnah Nabi"


-"Solat itu ringan bagi orang yang ambil berat. solat itu berat bagi orang yang ambil ringan"


-"Lagi lama gambar nampak aurat ada di facebook, lagi banyak dosa dicatat dalam buku amalan kita"



syukran..semoga dapat ilmu yang berfaedah =)