Friday 20 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya RAMADHAN !


 


hari ni mulanya Ramadhan..alhamdulillah.di beri kesempatan untuk berpuasa tahun ni..hari ni kamu puasa ka? ahh!!? tidak? kenapa? nikmatnya puasa tu..rugi la kamu.tapi yang pastinya ramai yang menanti ramadhan selama ni kan?..mestilah.banyak ganjaran yang akan kita perolehi.jadi, bila uda tiba bulan ramadhan ni jangan la di persiakan..sama-sama perbanyakkanlah amalan.
Antara ganjaran yang akan kita perolehi puasa di bulan ramadhan :


1.  (PINTU SYURGA DI BUKA, DI TUTUP PINTU NERAKA)
    
"Apabila tiba Ramadhan, di buka pintu-pintu syurga dan di tutup semua pintu neraka dan di ikat semua  syaitan." -Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim-


2.  (DI AMPUNKAN SEGALA DOSANYA YANG LALU)

"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu." -Hadith riwayat An-Nasai'e-


3.  (PAHALA BERLIPAT GANDA)

"Segala amalan kebajikan anak adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: 'kecuali puasa' sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumannya kerana Aku." -Hadith riwayat Muslim-


4. (JAUH DARI API NERAKA)

"Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." -Hadith riwayat Al-Bukhari-


5.  (PERISAI DARI SIKSAAN)

"Puasa itu perisai yang digunakan seorang hamba untuk membentangi dirinya dari siksaan neraka." -Hadith riwayat Imam Ahmad-


6.  (BEROLEH 2 KEGEMBIRAAN)

"...Dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu; apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." -Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim-


7.  (DOA SANGAT MUSTAJAB)

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." -Hadith riwayat AL-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi-


8.  (MASUK DALAM SYURGA)

"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang di sebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya." -Hadith riwayat Al-Bukhari-


~SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :)


syukran..semoga dapat ilmu yang berfaedah =)

No comments: