Saturday 6 May 2017

Alhamdulillah

I'm Back. I found my blog back! *terharu*

Last post June 2015. Hampir 2 tahun yang lalu. Okay. Kita mulakan..

Bismillah.. 2 tahun berlalu. banyak perkara baru yang berlaku dalam hidup aku. tapi sebagai hamba-Nya. don't forget to say "Alhamdulillah". Allah masih peduli dengan kita. Sebab tu Allah uji kita.

Sesukar mana pun hidup kita.. Pandang sekeliling mu. Kau akan sedar yang hidup kau sebenarnya tidak sesukar mana. Belajar bersyukur.

Jangan pernah bandingkan hidup kita dengan orang lain. Percaya dengan rezeki dari Allah. Mungkin hidup orang lain sependek AZ dan kita sepanjang ABCDEF-Z. Tapi kau kena percaya yang hari esok kau akan temu yang terbaik untuk diri kau. Jatuh berkali-kali pun, terus bangkit dan buktikan kepada dunia yang kau tidak akan menyerah kalah. Allah tidak suka hamba-Nya yang mudah berputus asa.

Setiap yang terjadi, setiap yang sedang berlaku pasti ada hikmah. Cuma hari ini kita masih tidak melihatnya. Mungkin beberapa minit lagi, jam, hari, tahun kau akan tahu kenapa dan mengapa.

Dalam hidup ini, kau kena positif. Positif dengan perancangan-Nya. Kerana pada akhirnya kau akan lihat indahnya perancangan-Nya.

Ramadhan tinggal beberapa hari lagi.. Moga diberi kesempatan buat kita semua melalui bulan yang penuh rahmat ini. Dan semoga terus diberi kesihatan buat diri kita, kedua ibu bapa kita, keluarga dan semua saudara seislam kita. Moga Allah terus melindungi kita. Semoga diri kita terus mempertingkatkan amal kebaikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.



syukran..semoga dapat ilmu yang berfaedah =)

No comments: