Thursday 18 January 2018

Kelebihan membaca Al-Quran


Salam tahun 2018 :)

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus perbaiki diri. Semoga tahun ni kita lebih dekat dengan Allah dan terus perbaiki diri kearah yang lebih baik. Jom sama2 ke jannah-Nya 😇


Hari ni mahu kongsi kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran untuk kita lebih tertarik mahu amalkan setiap hari. Mesti kita mahu tahu kan apa kelebihan bila kita baca. Entry hari ni dari buku Dato' Ismail Kamus "Indahnya hidup bersyariat". Buku ni sangat best dan lengkap dari syariat kelahiran, syariat berkaitan remaja, munakahat (hukum perkahwinan), syariat sunat harian sepanjang masa dan banyak lagi.



Antara kelebihan membaca Al-Quran :

1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.

2. Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran: Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.

4. Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

5. Selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.

6. Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin. Syuhada dan Solehin.

10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.

11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

12. Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.

13. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat, dan dikelilingi oleh malaikat.

14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.

15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.

16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.

17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

18. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.

19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.





Banyak kelebihan yang kita perolehi jika kita amalkan baca al-Quran setiap hari kan. Semoga lepas ni kita selalu didik diri baca al-Quran setiap hari. Kalau tidak pandai baca, kita masih boleh usaha belajar. Tidak kiralah berapa umur, apa pun masa lalu kita, yang penting usaha untuk perbaiki diri kita. In shaa Allah 😊



Okay sampai di sini saja entry hari ni. In shaa Allah kalau ada kesempatan lagi akan tambah entry baru, itu pun kalau rajin. haha. Semoga entry kali ni dapat ilmu yang lebih bermanfaat ya. Assalamualaikum 🙌

syukran..semoga dapat ilmu yang berfaedah =)

No comments: