Monday 22 January 2018

Resepi Kek Marble mudah dan sedap


Hi. Hari ni saya mahu kongsi resepi kek marble memandangkan hari ni rajin buat kek dan rajin lawat blog, saya kongsi laaa. haha. (sementara tunggu kek di oven masak) 

Untuk kek marble ni, kita cuma memerlukan 7 bahan saja. Kalau ada tujuh2 bahan ni di rumah boleh lah buat sekarang ni juga kan ๐Ÿ˜†

Bahan-bahan :

1 cawan butter (boleh letak yg beli di kedai 250 g tu terus)
1/2 cawan gula castor (kalau mahu manis, boleh tambah. kalau saya suka kurangkan gula)
3 biji telur 
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Kalau tiada, boleh guna tepung gandum + 1 sdb baking powder dan ayak)
1 sdt esen vanilla 
2 sdb susu pekat
serbuk koko (secukupnya)


Cara Menyediakan :

1 Pukul butter dan gula sehingga sebati selama 10 minit. Kemudian masukkan telur satu persatu.
2 Masukkan esen vanila, tepung naik sendiri, dan susu pekat dan gaul sehingga sebati.
3 Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dari adunan tadi letakkan serbuk koko secukupnya sehingga warna menjadi coklat. Satu bahagian tadi biarkan warna asal.
4 Sapu mentega atau marjerin pada permukaan loyang atau lapik dengan kertas minyak. 
5 Ambil satu senduk dari adunan koko tadi letak di dalam loyang. Kemudian satu senduk adunan asal dan satu senduk adunan koko lagi. Letak secara bergilir-gilir dan tidak perlu di ratakan sehinggalah habis. Boleh juga buat corak dengan lidi.
6 Panaskan oven suhu 170 darjah dan bakar selama 60 minit atau hingga masak. Gunakan api atas dan bawah.


Kek sudah siap! (saya tidak corakkan dengan lidi. letak ja bahagian2 adunan tu ๐Ÿ˜†)

Semoga post hari ni dapat membantu dan selamat mencuba ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Assalamualaikum..




syukran..semoga dapat ilmu yang berfaedah =)

No comments: